Tapi yang best nya sekarang ni tudung dah jadi salah satu fesyen ikutan orang ramai.. Syukur Alhamdulillah.. But there are still some people that never statisfied dengan orang perempuan yang pakai tudung ni.. entah apa2 lah orang ni.. Manusia mana ada yang perfect kan? Kesian orang perempuan yang pakai tudung ni.. Kena kutuk yang mereka ni hanya hipokrit, akhlak tak bagus, suka mengumpat sana sini mengalahkan orang yang tak pakai tudung and banyak lagi lah..
At least salah satu daripada dosa menutup aurat mereka dah tertutup.. Korang ada? Ok saya tak nak lah tulis panjang2.. Letih lah.. Jom kita baca perdebatan antara seorang ustaz dengan seorang gadis liberal pasal isu menutup aurat ni.. Check it out..
Ustaz : “Assalamualaikum..”
Gadis Liberal : “Waalaikumsalam.. Ustaz can I ask something from you?..”
Ustaz : “Ok silakan……what you want to know…”
Gadis
Liberal : “Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz : “Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Gadis
Liberal : “No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan
tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang
pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang
berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu
hipokrit namanya ustaz…..”
Ustaz : “Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah
termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan
membuka pintu kepada zina”
Gadis
Liberal : “Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah
zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak
kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan
sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!” “Ustaz
pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang
pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz : “Hai….macam perli saya aje ni….?”
Gadis
Liberal : “Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya
takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz : “Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina
itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga
kehormatan mereka”
Gadis
Liberal : “Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan
diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”
Ustaz : “Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan
sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki
cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari
sebarang ancaman dan gangguan seksual.”…. “Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk
melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”
Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul
dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan
berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah
syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya
perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”
Gadis
Liberal : “Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni
insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustaz : “Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah
tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari
tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang
mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang
berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan
kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah” “Bukanlah
kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan
dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta
namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn
lelaki tanpa ikatan yang sah.”
Gadis
Liberal : “Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya
tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni
ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”
Ustaz : “Ha ha
ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup
aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah
Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!” “Jika akhlak seseorang itu
jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika
dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah
lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi
dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”
Gadis
Liberal : “Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh
supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi
dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan
ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata
orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana
lebih baik ustaz……?”
Ustaz : “Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun
dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan
mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah
menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila
kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan
pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika
kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup
aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat
ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak
dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak
matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita
menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam
neraka.” “Adapun
perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa
yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa
lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab
diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang
dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang
yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa
buka aurat ni… lama sangat.”
Gadis
Liberal : “Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang
bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal
gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak
guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita
benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai
tudung tutup aurat…..”
Ustaz : “Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah
masuk kubur….?” “Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh
ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta
merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak
sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila
tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup
sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life
as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak
dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita
menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru
kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk
sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?” “Samalah
macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang
benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”
Gadis
Liberal : “Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya
faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu
betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah
saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga
ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru
ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya
bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk
saya…mau menangis saya nanti…..”
Ustaz : “Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah
dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”
Gadis
Liberal : “Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf
sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”
Ustaz : “Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik
kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”
Semoga dengan cerita kat atas tu dapat membuka mana2 hati orang perempuan untuk menutup aurat dengan sempurna.. Tutup aurat bukannya hanya pada tudung sahaja tau? Suara, wajah, pergaulan antara muhrim pun tergolong dalam aurat juga.. Saya ni memang tak berapa tahu sangat pasal agama ni secara mendalam tapi saya hanya ingin berkongsi segala ilmu yang saya ada pada korang semua..
Ilmu tu kan lebih syok kalau kita sebar2 kan? betul tak? tapi pasti kan ilmu tu ilmu yang boleh memberi manfaat.. Jangan pula yang sebaliknya.. and kepada orang perempuan yang dah pakai tudung, saya harap korang istiqamah dalam menutup aurat secara sempurna.. Tuhan pasti akan menolong orang yang melakukan kebaikan.. InsyaALLAH dengan izin ALLAH..
No comments:
Post a Comment