Ok.. Jom buat test ni untuk tengok betapa cekapnya korang!! Kat bawah ada 4 soalan dan satu soalan bonus.. Korang perlu menjawab dengan pantas.. Korang tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera.. OK? Jom try, tengok sendiri berapa pantas dan hebatnya diri korang..
Soalan Pertama:
Korang menyertai perlumbaan. Korang mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang korang ditempat yang ke berapa?
Jawapan: Jika jawapan korang tempat yang pertama, sudah tentu jawapan korang salah! Jika korang memotong orang kedua sudah tentu korang mengambil tempatnya, tempat kedua!
Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?
Soalan Kedua:
Jika korang memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...?
Tengoklah jawapan kat bawah..
Jawapan: Jika jawapan korang tempat kedua terakhir, korang salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana korang boleh memotong orang yang terakhir?
Adakah korang pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?
Adakah korang pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?
Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah....
Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?
Cuba tengok jawapan kat bawah..
Adakah jawapan korang 5000 ?
Jawapan sebanar adalah 4100. Jika korang tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari korang kan ? Mungkin korang boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... SIla cuba..
Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
Adakah jawapan korang Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!
Soalan bonus:
S orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu. Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimana dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?
Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati.. Dia hanya buta bukannya bisu..
Kacang jer kan?
No comments:
Post a Comment