Johan seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup
tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya
setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar
kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.
Pada suatu hari, malang tidak berbau, Johan
terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat
terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Johan telah
melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di
dahi Johan sehingga tembus ke belakang tengkuk Johan.
Bergegas Pak Mat ayah Johan ke hospital sebaik
sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di
hospital, Pak Mat bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,
Pak Mat: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.
Pak Mat: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke
belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak
cik boleh mati.
Pak Mat: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan
sekarang keadaan itu adalah mustahil.
Pak Mat: Oh begitu…. Alhamdulillah selamat anak gua…
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu
terkena otaknya?
Pak Mat: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada
otak!
No comments:
Post a Comment