Empat orang bakal ayah sedang menunggu
kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak
muka mereka…
Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan
lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat
melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja
di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat
lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan
bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D
Corporation“, kata lelaki yang kedua.
Setengah jam kemudian, seorang jururawat
memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan
dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga
kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga
dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir
kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki
keempat itu. Mereka bertanya,“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya
bekerja di Seven Eleven.”
No comments:
Post a Comment