Thursday 16 May 2013

Adik Beradik Yang Unik ( Kelakar! )



Mak : Lesen ! tolong beli santan !
Lesen : Lesen tgh main PSP la mak !
Mak : Otak ! tolong mak beli santan !
Otak : Otak tgh berak la , mak !
Mak : Kad pengenalan , tolong beli santan !
Kad pengenalan : Kad pengenalan tgh main facebook la mak !
Mak: Gila , tolong beli santan !Gila: Ok , mak !
Dalam perjalanan, Gila ditahan polis kerana memandu melebihi had laju !
Gila : Ada apa , encik ?
Polis : Mana lesen ?
Gila : Lesen tak ada dgn saya , dia tgh main PSP.
Polis : Kad pengenalan kamu mana ?
Gila : Kad pengenalan tgh main facebook.
Polis : Kamu tak ada otak ke ?
Gila : Otak tgh berak , Polis kenal keluarga saya ke ? Semua nama adik beradik saya encik tahu.
Polis : Awak ni gila , ya ?
Gila : Ya..nama saya Gila..
Polis : @*@^#%!!

Kisah Seorang Guru



Memandangkan hari ni seluruh rakyat Malaysia sedang menyambut hari guru, saya ingat nak share sebuah kisah yang saya baca di sebuah artikel baru2 tadi.. Enjoy yourself.. ^_^

Alkisah Cikgu Ibrahim...

Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4 pada hari pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar satu pembohongan.

Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.

Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan rambutnya tidak terurus. Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim tidak suka kepadanya.

Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa diajar. Peperiksaan bila Jimmy gagal, Cikgu Ibrahim sudi menulis dengan pen warna merah. Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di atas kertas tersebut.

Tiba masa untuk menulis rekod pelajar pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan tulis untuk pelajar yang malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini.

Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy.

Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy sejak Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy berdasarkan pengamatan beliau.

Darjah 1, cikgu Jimmy menulis:“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”

Darjah 2, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah. Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu mencabar.”

Darjah 3, cikgu Jimmy menulis:
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya kerana terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”

Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa bersalah mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika dan tidak menulis laporan dalam buku rekod Jimmy.

Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim berasa malu.

Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas kuning comot.

Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy dulu di depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah comot yang dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak bedak usang.

Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya.

Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenym.

Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi keretanya seorang diri.

“Apa hal Jimmy?”

“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau dan nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.

Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.

Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh Cikgu Ibrahim. Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan membaca. Beliau kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.

Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik. Jimmy memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim. Pada akhir tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah.

Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu Ibrahim. “Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam pepatah Cina, satu hari sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup menjadi bapa saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan cincin bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”

Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.

Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat sehinggalah ke sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu masih cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”

Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu Ibrahim mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai bekalan.

“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.


Jimmy berfikir sejenak. “Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,” kata Jimmy.

“Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.

Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak panggil ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah. Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu hanyut ke mana.”

“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut ucap terima kasih. Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah ayah terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu Ibrahim.

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua cikgu yang pernah mengajar saya dan juga kepada semua cikgu di Malaysia.. :)

Tuesday 14 May 2013

Rupa Haiwan Jika Gemok

Korang sume pernah bayang en x macam mana keadaan dunia ni kalo semua haiwan tiba2 jadi gemok? Hahaha.. Mesti cute betol x? Kalo cam tu cuba korang tengok video ni.. senang sikit nak imagine kalo benda tu betol2 terjadi.. Check it out..

Friday 10 May 2013

Pemikiran Manusia Sekarang



Cara pemikiran manusia sekarang terhadap sesuatu perkara memang dahsyat laa.. macam mana saya tak cakap macam tu cuba korang tengok dua situasi ni kalo bab orang nak keluar kan duit..

Ketika hendak berseronok
  • LegoLand : RM 140.00 >> xpe bayar mahal, cari pengalaman kan
  • Sunway Lagoon : RM 50 >> xpe bayar mahal, sekali sekala release tension
  • Teater : RM 150.00 >> bukan selalu pun, cerita tu best sangat
  • Langkawi : RM 1000 >> setahun sekali jer, xpe lah habiskan duit


Ketika hendak beramal

  • Majlis makan amal : RM 50 >> mahalnya! aku nk bawa bekas, tapau makanan, baru berbaloi...
  • Derma anak yatim : RM 5 >>> xleh bagi banyak.. ntah2 diorang tipu
  • Emmm.. Masjid? Ada setiap minggu masa sembahyang Jumaat kita sedekah RM1?

Mang aii.. kalo bab nak berseronok laju jer keluar kan duit.. tak kisah pon berapa banyak duit tu keluar asal kan dapat berseronok.. macam2 alasan kita akan bagi kalo bab nak keluar kan duit untuk amal jariah.. pelik tol pemikiran manusia sekarang ni.. so fikir-fikirkan lah mana satu yang patut kita dahulu kan dengan baik.. selamat beramal!!

5 Minit Sahaja Untuk Mendapat Pahala


5 minit jer.. bukan lama pon kawan2.. kalo korang nak pahala dengan mudah korang amalkan lah baca ayat kursi dalam setiap perkara.. baca ayat kursi tu bukan sahaja ketika tidur malah ketika melakukan pelbagai aktivti dalam kehidupan seharian kita.. ayat kursi ni banyak kelebihannya.. so saya nak share kan segala khasiat yang terkandung dalam ayat kursi..

Khasiat Ayat Kursi :

  • Apabila korang baca pada saat hendak keluar dari rumah, 7000 malaikat akan menjaga korang dari semua sisi
  • Apabila korang baca saat hendak masuk ke rumah, rumah korang tidak akan dimasuki oleh kemiskinan
  • Apabila korang baca setelah mengambil wudhuk, darjat korang akan dinaikkan 70 tingkat
  • Apabila korang baca semasa hendak tidur, malaikat akan menjaga korang sepanjang malam

Maka jarak antara kamu dan surga hanyalah kematian.. Sampaikanlah kepada orang lain.. Maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang yang korang kirimkan pesan ini.. apabila dorang mengamalkannya, so korang juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat... cuba renung2 kan sekejap jer.. 

  • Kenapa kita tidur kalau Allah memanggil? Tapi sanggup tahan mengantuk saat menonton film selama 3 jam?
  • Kenapa kita bosan saat baca Al-Qur'an? Melainkan kita lebih rela membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?
  • Kenapa masjid semakin kecil? Tapi bar dan club, semakin besar?
  • Kenapa kita lebih sangat senang menyembah artis? Tapi sangat susah untuk menemui Allah? 
  • Kenapa kita senang sekali mengabaikan pesan dari Allah? Tapi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh?
  • Apakah korang akan memforward pesan ini?
  • Apakah korang akan mengabaikan pesan ini kerana takut ditertawakan orang lain? Allah Berkata: "Jika kamu menyangkal Aku di depan teman-temanmu. Aku akan menyangkal kamu pada saat hari penghakiman."

Ada 2 pilihan untuk korang:
  1. Biarkan di dalam BBM, catatan atau pikiran korang tanpa bermanfaat untuk orang lain.
  2. Korang sebarkan pada semua kenalan korang. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang     menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala. 

SUBHANALLAH... 
Bayangkan kalau suatu hari nanti ALLAH SWT tarik balik nikmat yg telah dikurniakan kpd kita, tiba2 ja kita kehilangan tangan , kaki dan anggota2 yg lain? Macam mana? So memandang kan dah ada cara yang mudah untuk kita dapat kan pahala apa salahnya kita ambik peluang ni jer? betul x? barang free korang nak xkan lah pahala free korang xnk? asyik buat dosa jer , biar la buat pahala pulak.. so sebarkan lah pesanan ni..

Wednesday 8 May 2013

Anak Murid Ustaz ( Kelakar! )



Dalam Kelas... mata pelajaran pendidikan islam hampir tamat... sebelum keluar... Ustaz pun menberitahu kepada murid2...

USTAZ: minggu depan kita akan belajar tajuk baru...jadi ustaz nak kamu balik rumah nanti... baca ayat 287 surah Al-Baqarah ... sebab ayat ni ada kena mengena dengan tajuk baru kita nanti..


MURID2 : Orait ustaz!


Mingu depannya... Mata pelajaran pendidikan Islam..

USTAZ: Minggu lepas Ustaz Suruh kamu baca Ayat 287 Surah Al-Baqarah kan? saper yang dah baca ayat tu kat rumah?

Ramai Murid2 yang mengangkat tangan..ustaz pun tersenyum... lalu berkata...

USTAZ : Saya tak percaya lah...

MURID2 : Betul ustaz...kami baca..

USTAZ : cuba kamu bukak Al-Quran..Surah AL-Baqarah ada 286 ayat jer... mana ada ayat 287.. hari ni kita akan belajar tajuk baru... dosa-dosa menipu ...

MURID2 : alamak... kantoi kita..

Tuesday 7 May 2013

Kisah Titanic Tenggelam Dalam Surah Yassin


Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912. Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yang dibina dalam masa 3 tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja.

Ucaplah, SUBHANALLAH! 

Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik Surah Yaasin ayat ke 41 hingga ayat ke 44 :

لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.

وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ
43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

ALLAHUAKBAR!! 

Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J.Smith yang berkata : ''Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah saya pun yang pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yang menggila..'' 

Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan. 

''Hasil'' dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang ''mangsa'' Titanic

Cita-cita Budak2 Sekolah ( Kelakar! )



cikgu: din,apa cita2 kamu bila dh besar nanti?
din: sy nk jadi doktor
cikgu: bagus.siti plk nk jadi apa?
siti: sy nk jadi seorang isteri yg bertanggungjawab
cikgu: hmm bagus tu.ahmad plk?
ahmad: sy nk jadi suami yg baik kpd siti,cikgu

Hahaha.. Ni kalo jadi kat sekolah saya mau tak kena jadi bahan satu sekolah nanti.. Mana tak nya pasangan yang paling jujur di sekolah..  

Cara Picit Jerawat Yang Betul



Jerawat? memang buat kita rasa tak selesa sangat!! Bila ada jerawat yang tumbuh kat muka boleh buat kita rasa stress.. Rasa geram nak picit.. Tangan pon asyik merayap je dok pegang pegang jerawat tu..

Ramai antara kita yang suka picit jerawat dengan kuku sebab nak cepat and geram.. Walaupun sakit tetap jugak picit sampai senget senget muka.. Kenapa tak boleh picit jerawat guna kuku & jarum?

  • Picit gunakan kuku boleh sebabkan jangkitan kuman yang ada pada jari  masuk dalam jerawat tu. Sebab tu la esok lusa keluar pulak kat tempat lain atau pada tempat yang sama.
  • Picit jerawat bole sebabkan parut, so kena buat dengan cara yang betul supaya tak jadi parut.
Kalau tak boleh dengan kuku, dengan jarum pon jadi.Yang penting jerawat tu meletop.. Tapi lepas dah picit tu keluar lagi 1 biji jerawat, tak pun jadi parut itam.. So, betul ke cara kita picit jerawat selama ni? Jawapan nya SALAH! Jom tengok cara yang betul untuk kita hapuskan jerawat.. Check it out..
Langkah 1
Cuci tangan! Sangat penting untuk kita mencuci tangan.. Make sure cuci dengan sabun, bersihkan bawah bawah kuku.. Ini untuk elakkan jangkitan dan seterusnya melambatkan proses penyembuhan jerawat..
Langkah 2
Cuci muka.. Gunakan pencuci muka yang ada bahan antibakteria macam Oxy, Shebamed & etc.. Kalau ada mekap, gunakan make up removal dulu, then baru la cuci muka.. Kulit muka memang sentiasa ada bakteria (peluh & mekap), kalau tak cuci dulu, and terus picit jerawat, bakteria kat luar tu boleh masuk ke dalam kulit..
Langkah 3
Scrub kat bahagian jerawat, urut lembut selama beberapa minit.. Ini untuk buang sel kulit mati dan memudahkan keje nak memicit jerawat.. Jangan gunakan scrub untuk badan kat muka ya!!
Langkah 4
Gunakan sarung tangan, sekurang-kurangnya lapik jari dengan tisu sebelum nak picit jerawat.. Ini untuk mengelakkan kecederaan yang boleh tinggalkan parut..
Langkah 5
Cari ‘mata’ jerawat, picit dibahagian tepi jerawat tu untuk keluarkan isinya.. Urut sikit utk pastikan isinya keluar.. Jangan sentuh jerawat tu, kecuali waktu kite nak lapkan isi jerawat yang keluar tu.. Jangan over picit, nanti akan jadi parut jerawat!!
Langkah 6
Dapkan toner kat atas jerawat tu, atau boleh jugak gunakan Purifying Lotion untuk mengecutkan jerawat..
Extra: Boleh juga steam muka dulu sebelum buat langkah2 ni, untuk buka liang pori kita sikit, lagi senang nak picit jerawat tu keluar..