Friday 8 March 2013

Cara Menghilangkan Jerawat




Masalah jerawat memeningkan kepala korang? "Ish rimas la.. Apasal ko tumbuh dengan subur lagi kat muka aku ni?" adakah ni perkara yang korang sering kata kan? Saya juga selalu mengalami masalah jerawat ni.. 

Memang menyakitkan hati bila tengok jerawat kat muka saya ni tumbuh dengan subur mengalahkan pokok-pokok yang mak saya tanam tanpa memerlukan apa-apa baja nutrien untuk menyuburkannya lagi..

 Mesti ada jer tangan ni menggatal nak picit sana picit sini.. eh!! jangan buat macam tu lain kali.. nanti bertambah banyak jerawat tu tumbuh.. So saya nak share beberapa tips yang saya jumpa untuk menghapuskan jerawat ni.. 


Cara Menghilangkan Jerawat



Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka korang . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka korang akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.



Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka. Sekiranya korang merasa pedih , itu hanya sementara. Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka. Kuatkan gosokan pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka korang akan menjadi licin dan bersih.



Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.




Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.



Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.



Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.


Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.








Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.



Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.



Saya dah apply hari tu.. Alhamdulillah berkesan la juga.. Akhirnya terhapus juga jerawat ni dari hidup saya.. Hahahahaha.. Baru puas hati saya.. Semoga berjaya untuk korang sume..

No comments:

Post a Comment