Hari tu korang sume dah baca part 2 kan? Ok hari korang baca pula Alkisah Gadis Bertudung Labuh ( Part 3 ).. Check it out.. :)
_______________________________________________________________________________
Menyelamatkan
Beg Tanganku daripada Ragut
Seorang temanku dari Brunei sudah
beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila
dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar
sambil bercerita dengan juraian air mata. Dua orang pemuda yang menunggang laju
meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung
dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan
tangannya tercalar. Berdarah.
Aku sedih mendengar ceritanya.
Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, Jika akak pakai tudung labuh
macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak. Kata-kata itu membuatkanku
benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak
pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang
menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung
labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah
tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?
No comments:
Post a Comment