Cerita ni dah sampai part 3 dah pon.. habis mana part last dia? Ok ni lah dia part 4 a.k.a part last.. Jom kita baca.. Check it out..
_______________________________________________________________________________
Mendekatkan
Jodoh dengan Lelaki Soleh
Aku hairan melihat beberapa orang
temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana
takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat
namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh
ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan. Suamiku mengakui antara
faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting
adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya
berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup
beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang
bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.
Pernah juga aku dan suami cuba
memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali.
Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi
kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik
dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.
No comments:
Post a Comment