_______________________________________
Aku tidak mahu berbicara panjang
tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang
beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu
benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku
dengan asbab tudung labuh.
Dikejar
Tebuan Tanah
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan. Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.
Sementara aku tetap bertahan di
situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut
kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung
dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur.
Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci
Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.
No comments:
Post a Comment