Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati
Anjing:
Korang memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetiaan korang memang tidak boleh disangkal lagi. Kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan korang malahan di dalam kerjaya korang memang boleh dipercayai. Korang adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri. Korang bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai. Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi korang. Cita rasa korang di dalam fesyen juga diakui baik dan korang akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaian korang tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun korang tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan korang memang mempunyai kualiti yang baik.
Tikus:
Korang ni memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan korang nampak bijak dan menjadikan wajah korang comel dan mudah menarik perhatian orang disekeliling korang. Ramai yang suka berkawan dengan korang kerana sikap korang yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang korang sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran korang, tetapi korang begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekeliling korang berhati-hati untuk berbicara dengan korang. Sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan korang di tahap maksimum! Korang perlu bijak mengawal emosi korang kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.
Singa:
Begitu kontra dengan spesies korang, rupanya korang ini memang pendamai orangnya. Korang tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Korang begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Korang memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, korang memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.
Kucing:
Korang memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Korang sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, korang suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, korang memang nampak tenang tetapi apabila korang dicabar, serta merta korang mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekeliling korang sering menjadikan korang sebagai idola di dalam berpakaian. Korang bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang korang kenali. Korang memang begitu berhati-hati memilih teman.
Kura-kura:
Korang semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan korang akan sentiasa dikenang orang sekeliling korang. Korang sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati korang, korang tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Sebab kan sikap korang ini, korang memang disayangi dan disenangi teman-teman. Korang juga tidak suka cakap belakang dan orang sekeliling korang begitu senang dengan cara korang melayan mereka. Korang sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurahjuga adalah sikap korang dan korang sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.
Merpati:
Korang adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang korang lakukan, korang akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran korang menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap korang. Korang adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling korang benci dan orang yang sebegini memang korang tolak tepi. Didalam pekerjaan, korang memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Korang mudah jatuh cinta!
Harimau Bintang:
Korang seorang yang misteri.. Korang boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Korang juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, korang ini kejam orangnya. Korang suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang korang percaya sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap korang yang mahu setiap sesuatu mengikut cara korang. Sikap itulah yang menjadikan korang senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, korang adalah orang pertama yang mereka cari.
Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Korang mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, korang memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada korang. Korang bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, korang akan berfikir sebelum melakukannya. Korang mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada korang. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Korang memang akan berjaya di dalam perniagaan.
Benda ni hanya kajian semata-mata.. Betul ke tidak tu hanya Tuhan sahaja Yang Maha Mengetahui..
No comments:
Post a Comment