Sunday 10 March 2013

Trend Jahiliyyah Perempuan Melayu Zaman Sekarang



Kalau saya pergi mana-mana sahaja sure2 saya akan jumpa ramai perempuan Melayu zaman sekarang yang pakai pakaian yang ketat2 dan berperangai tidak seperti seorang perempuan. Saya tahu semua orang nak berfesyen dan nak ikut trend semasa especially orang perempuan.  Tudung dah mula menjadi salah satu trend zaman sekarang selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden.

Tetapi kebanyakan orang perempuan yang saya lihat memang pakai tudung tetapi still ada sedikit kecacatannya.. Pakai tudung teapi ada pula bahagian2 yang terdedah.. Cam mana lak tu? Walaupun negara kita sudah merdeka selama 56 tahun tetapi sedihnya pemikiran kita masih sama. Hanya dari segi fizikal kita sahaja yang kita bebas namun dari segi pemikiran kita masih 'dijajah' oleh Barat. 

Saya selalu tengok pemandangan yang tidak berapa enak untuk dilihat ni sampai saya selalu tertanya-tanya dekat diri saya sendiri, 'kenapa semua ini boleh terjadi?'. Jom kita berkenalan terlebih dahulu 5 trend perempuan Melayu yang terpesong dalam zaman moden sekarang. Check it out..

1. Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi

Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam “neraka” depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut! Ewwww…simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah tunjuk-tunjuk.


2. Tudung Nampak Bayang Rambut
Ini satu lagi fesyen yang saya tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Dan macam-macam lagi kalau saya bagi contoh.  Memang ada pelbagai fesyen tudung wanita yang tidak tahu saya nak ulas camna.


3. Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak. Kadang-kadang kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.


4. Bertepuk Tampar Dengan Lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal gak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh orang perempuan. Entah apa2 lah. Bukannya sedap sangat pun. Sakit wooooo. Free2 dapat cop merah kat badan.


5. Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan
Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘orang perempuan yang bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi. Astagfirullah. Malu tu kan mahkota seorang wanita.

So 'conclusion'nya, saya tahu maybe ramai yang tak sebulu dengan pendapat di atas. Saya bukan nak cari kekurangan perempuan Melayu sebab saya sendiri ada adik perempuan. Cuma rasa agak terkilan dengan perempuan Melayu sekarang yang banyak terpesong dari adab dan tatasusila yang pernah diajar oleh nenek moyang kita suatu ketika masa dahulu.
Wahai kaum perempuan, korang janganlah obses sangat nak ikut arus kemodenan dan fesyen zaman sekarang sebab perkara ni hanya membuang masa korang sahaja. Sorry lah kalau ada yang terasa. Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang umat Islam untuk menegur apa yang salah. Walaupun pahit untuk ditelan tetapi yang pahit itu lah ubat sebenarnya.

No comments:

Post a Comment