Sunday 10 March 2013

Peace No War

Korang sume pernah tengok baby buat isyarat peace no war tak? Macam mana kalau baby tu still dalam rahim si ibu? Memang susah nak percaya.. Tengok dulu gambar ni..

Caroline Barnes, seorang wanita yang bakal menjadi ibu terkejut apabila mendapati anak dalam kandungannya membuat isyarat keamanan atau V ketika dia membuat imbasan di sebuah hospital, lapor sebuah akhbar semalam. Ibu yang berumur 35 tahun dari Dulwich, tenggara London itu berkata: “Seorang jururawat tidak dapat menahan ketawa. Bayi pelik itu memberi isyarat V sepanjang tempoh imbasan itu dibuat.” Isyarat itu pernah dibuat oleh Winston Churchill yang turut membawa maksud kemenangan ketika beliau menjadi Perdana Menteri Britain pada era Perang Dunia Kedua. Tunang Caroline iaitu Dave Wright berkata: “Kami tidak kisah apakah jantina anak kami. Namun kami perlu mengajarnya beberapa tingkah laku yang baik.

Hahaha.. Cool betul lah baby ni.. Dalam rahim pun dah boleh buat isyarat 'Peace No War'.. Ramai yang cakap gambar ni sebenarnya telah di'edit' terlebih dahulu.. Wallahualam.. Hanya Tuhan sahaja Yang Maha Mengetahui.. Terpulang kepada korang sume nak percaya ke tidak..

No comments:

Post a Comment