Monday 29 April 2013

Aurat Lelaki Jarang Dibincang



Kita selalu asyik bincang tentang aurat perempuan.. apa kata kita ubah sikit.. so hari saya nak share info pasal aurat lelaki.. 

Ok jom kita baca.. check it out..

Aurat lelaki yang jarang dibincangkan dalam solat

1- Semasa sujud, baju dibelakang terbuka sebab baju terlalu singk
at - Tidak sah solat

2- Semasa sujud, rukuk dan duduk antara dua sujud juga, bagi yang memakai seluar 3 suku semasa solat. Perhatikan semasa anda sujud, lutut anda terdedah atau tidak? Kalau terdedah - Tidak sah solat


Di luar solat?

Lutut dan pusat sahaja tetapi perlu diambil kira seluar yang dipakai. Sekiranya dia tunduk, duduk, duduk bersila, mencangkung dan berlari. - Adakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?

Kalau dalam solat pun tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.

Cara penyelesaian?

Pakai kain/seluar panjang dan baju jenis tak singkat bila sujud dalam solat. Settle. Nampak simple tapi ramai yang tidak ambil cakna.


So mana2 yg terasa tu cepat2 laa ubah ya cara penampilan tu.. untuk kebaikan diri korang gak.. bukan untuk sesapa pon.. diri kita ni hak milik ALLAH.. pelihara lah segala hak yg telah ALLAH beri en kpd kita dgn sebaiknya.. 

Renung-renungkanlah



Aku duduk tak senang sebab tak online sehari.
Aku resah bila tak online seminggu.
Aku rasa macam nak mati bila lama sangat tak online.

Boleh pulak macam tu.

Pernahkah aku?

Tidur tak lena sebab tak bangun solat malam.
Tidur tak selesa sebab seminggu dah tinggal qiamulail.
Terasa macam nak mati sebab lama sangat tak qiamulail.

Tak pernah rasa macam tu....

Astaghfirullah..

What happen to me?
I'm ashamed for what i've done.

Mati itu semakin menghampiri, bukan semakin pergi.
 Wallahu'alam

Aku selalu insaf sekejap. Pastu esok, buat lagi. What happen?

Please correct me if I am wrong.

Scarlet Ibu Kucing Mithali

Scarlett. Itulah nama bagi seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan. Mempunyai bulu jenis Calico, ia pernah menjadi tajuk perbualan utama seluruh dunia dalam insiden menyelamatkan lima ekor anak-anaknya daripada dijilat api kebakaran di tempat tinggalnya.


Mengimbau kembali kejadian ngeri itu, Scarlett tinggal di dalam garaj di Brooklyn bersama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga tuannya yang berada di rumah kerana mereka semuanya keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah rentung, hangus dijilat api.



Keadaan Scarlett yang hangus teruk sangat menyayat hati. Dalam keadaan telinganya yang terbakar, matanya yang melecur serta melekat dengan hidungnya, dengan penuh kasih sayang dia menyusun anak-anaknya seekor demi seekor agar selamat walaupun keadaan dirinya amat kritikal. Setelah memastikan kesemua anaknya selamat, ia rebah menyembah bumi lalu pengsan tidak sedarkan diri.


Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, setelah dirawat, Scarlett kembali sihat. Namun, parut di muka dan badannya tidak dapat dihilangkan. Selepas daripada itu, Scarlett dan anak-anak diambil semula oleh tuannya untuk dijaga.


Kini Scarlett telah tiada. Kejadian yang berlaku pada tahun 1996 banyak memberi pengajaran kepada kita tentang erti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu walaupun ia `hanya seekor haiwan.






Pengalaman Interview UM



Hari ni saya kena pergi interview untuk kemasukan asasi UM.. interview ni baru taun ni first time start.. patot laa setiap kali saya tanya senior2 dgn sepupu saya dorang ckp xtau apa2.. ok interview ni start pukul 8.30.. pagi bukan malam yer? so saya dtg dkt Hotel Merdeka Palace, Sarawak dlm pukul 7.30.. 


Saya laa owg pertama yg pergi daftar.. excited ada nervous lagi terlebih ada... time dftr tu saya kena cek nama, tndatangan (mcm biasa la kan) pastu dia bagi name tag.. dowg bagi saya sehelai kertas.. dlm tu ada la bbrpa soalan.. bukan soalan spm ok? nanti time nk kena intrview bru laa saya kena bg kertas tu dkt dorang.. ooppss lupa lak interview ni dlm kumpulan bukan secara individual.. satu kumpulan ada 5 atau 6 org.. 


Saya dpt group paling last sekali and member dlm group saya tu gak la yg paling sedikit sekali.. group saya empat orang jer.. sorg lelaki 3 orang perempuan.. disebab en group saya ni last so mmg lama laa group saya kena tggu.. dkt 3 atau 4 jam cmtu.. da beku rasa nyer sebab sjuk sgt.. aircond maklum la yer? 


Dlm pukul 12.30 baru laa kitorang kena interview..dup..dap..dup..dap.. jntung saya berdegup dgn laju.. mybe 140 km/h.. cehh da cm kena heart attack lak.. bila masuk jer saya hanya nampak ada dua orang panel yg bakal interview kitorang.. dua2 perempuan.. yahoo!!! lega sikit ati saya ni.. dua2 tu lecturer dkt Universiti Malaya.. mula2 tu kitorang kena introduce diri masing2.. Ice breaking laa sgt sdg en time tgh tggu giliran kitorang sume da melt..


Group saya sume ckp BI.. perghh.. mmg tunggang langgang laa BI saya.. mana pronounces, mana grammar.. mmg hancur.. but I tried my best.. (best ler sgt).. Nape laa saya x ckp bm tadi?? doyai... lagi senang nk explain.. =_=" .. kitorang kena introduce en diri dlm 10 minit jer.. satu kumpulan ok bukan sowg introduce diri masing2 sampai amek masa 10 minit.. pandai2 laa bahagi en masa.. tpi en mmg bez laa.. santai jer.. nasib baik laa group saya kebanyakannya dari dorang byk tlg saya.. thanx to my group member for helping me to explain to the interviewer in english although it was such a mess.. 

Lepas habis jer sesi perkenal en diri lecturer tu bagi kitorang study case.. saya rasa sume group kena soal dgn soalan yg berbeza.. antara study group yg lecturer tu tanya adalah pasal internet, facebook, stress, money.. yg satu agi x silap saya pasal changing school.. maybe.. x bape nk igt laa.. 


So group saya dpt topik pasal money.. soalan dye bunyi lebih kurang cmni.. kalo kitorang dpt 500k apa yg kitorang buat dgn duit tu? merepek jer laa (serius jgn ikot advise saya ni).. mmg x terasa cam intrview.. cm borak2 jer.. group saya bahagi en explanation tu kpd two type of person.. kitorang akan guna duit tu as good person and also as a bad person.. time bad person tu paling best.. imaginasi habis kuar sume sekali..


Bila lepas habis sesi discussion kitorang masing2 ditanya dgn satu dua soalan.. but we all steady laa jwb.. time saya kena soal, lecturer tu try provok saya dgn tanya sama ada saya nk smbung belajar dekat PASUM or overseas kalo saya dpt offer utk dua2 sekali.. jdi jwpn saya utk soalan2 yg hot tu ialah bla.. bla.. bla.. bla.. bla.. bla.. bla.. huhuhu.. secret ne ler gitau.. pastu lecterur tu ada tanya gak saya ni ada backup plan ur x.. lecturer tu ckp medicine is a difficult field for a student to get.. so they advise me to prepare my own backup plan.. urmm.. mybe kalo x dpt medicine saya igt nk smbung pharmacy.. ley buat duit dgn jual ubat jer.. hehehe.. 

Dlm pukul 1.15 ptg mcm tu laa kitorang baru habis.. lama gak tapi saya rasa macam cepat sgt.. xpuas kot.. best btol session tadi.. maybe ada hikmah kenapa kitorang group last.. so that's the story behind my interview.. jadi bagi yg bakal2 kena interview prepare laa nanti yer?? saya hanya ley share jln cerita interview saya ni jer.. maybe next year jln cerita akan berubah ker? kita xtau.. so get ready only.. I wish the best for you guys.. amin..

Sunday 28 April 2013

Tip Pemilihan Warna Dan Corak Pakaian




Setiap antara kita mempunyai susuk tubuh yang berbeza-beza.. Ada yang sedikit besar dan ada juga yang sedikit kecil.. Ada juga yang tidak berapa besar dan tidak berapa kecil.. Pemilihan warna dan corak pakaian yang sesuai dapat memberikan keyakinan yang lebih kepada si pemakainya.
Jom baca sikit, tips memilih warna dan corak pakaian mengikut bentuk tubuh.. Check it out..

1. Bertubuh besar
Individu yang mempunyai bentuk tubuh yang sedikit besar sering menghadapi dilema dalam pemilihan pakaian.. Individu jenis ini lebih sesuai untuk pakai pakaian yang sedikit gelap. Pilih corak yang menegak dan bunga yang agak kecil..

2. Bertubuh kurus
Ada yang kata orang kurus senang je nak pilih pakaian.. Tidak betul juga, kerana tak semua pakaian sesuai dipakai.. Dorang perlu memilih pakaian yang berwarna cerah dan mempunyai corak melintang.. Jika memilih kain untuk dijadikan baju kurung, pilihlah yang bercorak bunga besar, supaya nampak lebih berisi..

3. Tubuh Bentuk Epal
Jika korang mempunyai tubuh seperti ini pilihlah warna baju yang nampak neutral atau gelap.. Cuba elakkan dari memakai baju bercorak agak cerah atau menyerlah di bahagian atas badan..

4. Tubuh bentuk buah pear
Individu yang mempunyai tubuh berbentuk buah pear, biasanya akan kelihatan lebar dibahagian bawah (pinggang kebawah).. Untuk mengelakkan tumpuan yang lebih dan tidak seimbang, elok memakai baju yang berwarna cerah dan terang supaya nampak lebih seimbang dibahagian atas dan bawah..

5. Tubuh berbentuk jam pasir
Rasanya ramai yang menginginkan bentuk badan seperti ini.. Ianya kelihatan seimbang dari semua sudut bahagaian badan.. Semuan baju yang dipakai pun mesti nampak cantik.. Untuk kelihatan lebih cantik dan berkeyakinan, individu yang mempunyai bentuk badan seperti ini harus memilih corak baju dan warna yang sederhana sahaja..

Saturday 27 April 2013

Kucing Tiru Style Selebriti

Korang perasan tak saya asyik wt entri pasal kucing? Hahaha.. saya ni pencinta kucing.. nmpak jer kucing terus tertarik.. Kucing ni makhluk ALLAH yang paling comel di dunia ni.. Ok kali ni saya nk share gambar kucing2 yg tiru style artis luar negaraa.. kalo korang hebat sangat apa kata korang try teka semua selebriti yang kucing2 ni dok tiru.. jom kita layan.. check it out..

Jack Sparrow
Katy Perry
Lady Gaga
Austin Power??
Sapa lak ni??
Yg ni lak???

Tuesday 23 April 2013

Fakta Menarik Tentang Tidur


1. Semasa kita tidur otak kita sedang berehat dan sel-sel yang rosak sedang diperbaiki dan badan kita akan mengeluarkan hormon-hormon tertentu..




2. Masa tidur seseorang tu bergantung kepada umurnya
    * bayi : 16 jam
    * 3-18 tahun : 10 jam
    * 19-55 tahun :8 jam
    * lebih 55 tahun : 6 jam



3. 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan pula 50% tentang lelaki dan 50% tentang perempuan lain.


4. Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.


5. Parasomia atau dalam istilah kasar nya ‘tidur berjalan’ banyak dilaporkan dan selalunya terlibat dgn beberapa jenayah seperti Memandu ketika tidur, menulis cek tendang, pembunuhan, penganiayaan terhadap kanak-kanak, dan yang paling buruk sehingga boleh merogol orang.


6. 12% daripada mimpi kita selalunya adalah black and white. Peratusan ini pernah menjadi sangat tinggi suatu ketika dahulu sebelum TV warna dicipta. Kaitannya, TV juga mempengaruhi mimpi anda.


7. Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah personaliti.


8. Posisi anda tidur boleh menunjuk personaliti anda:
a. Bayi: seorang yang kasar tetapi hati yang sentiasa terbuka.
b. kayu balak: suka bersosial
c. Mengiring biasa: suka berpura-pura untuk nampak seperti boleh diharapkan
d. Baring menegak: Boleh dijadikan tempat mengadu
e. Meniarap: menghiburkan
f. Starfish: pendengar terbaik


9. 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan


10. Tentera British adalah yang mula memperkenalkan kaedah untuk tidak tidur. dengan menggunakan cermin mata istimewa itu, apabila seseorang menjadi mengantuk, sinaran secerah mentari pagi akan memancar ke mata pengguna dan menyebabkan mereka terasa ingin bangun semula. kaedah ini boleh bertahan hampir 36 jam lamanya.



11. Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).


12. Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.


13. Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.


14. Orang yang buta juga bermimpi. mereka yang buta semenjak lahir akan bermimpi dari segi emosi, bunyi, bauan dan sentuhan.


15. Selepas 5 minit terjaga, anda akan terlupa hampir 50% dari mimpi anda malam tadi, dan selepas 10 minit, 90% akan hilang.

Iklan Solat



Saya rasa sepanjang saya hidup di negara Malaysia ni saya tak pernah tengok lagi mana2 tv siarkan iklan kesedaran yang suruh orang pergi solat.. xtau laa kalo saya ni ketinggalan zaman ke apa.. kalo ada boleh tak korang bagilink video tu dkt saya? teringin gak nk tgk.. tapi mesti made in malaysia la yer.. taknak yang made by other country..



Hari tu saya ada tengok sebuah video klip ni.. cerita nya macam ni.. ada laa seorang pemuda Islam ni yang teramat laa rajin bersenam sampai lewat malam.. kalo da bersenam sampai tgh malam of course msti penat giler kan? so dia pon pergi laa tidur tanpa menunaikan solat.. time dia terjaga, dia nampak seorang lelaki tua yang bertongkat bersusah payah nk pergi tunai kan solat subuh dekat masjid.. so since he saw this incidence, tiba2 terbuka hati dia untuk pergi solat berjemaah dekat masjid bersama-sama dengan lelaki tua tadi..

ok.. memandang en saya da cerita panjang lebar (panjang laa sgt) pe kata kita layan jer laa video klip ni.. check it out..


So pas ni jangan la asyik pikir nak badan "tough" jer tapi solat malas.. Bersenam tu memang dituntut oleh Islam but solat kita perlu lebih utamakan.. Jadilah orang Islam seperti sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W seperti Saidina Ali, Saidina Umar dan Khalid Al-Walid yang sihat perkasa tubuh badan tetapi iman, rohani dan amal tetap kuat dan dipelihara.. renung-renungkan lah..

Zaman Sekarang



Terlebih dahulu saya nak minta maaf kalo ada sesapa yang terasa dgn entri kali ni.. saya tulis pasal entri ni bukan nk dok attack owg lain tapi its about the truth.. saya hanya sekadar hendak menegur.. walaupun saya tak perfect but better for me to do the right thing.. tidak tersabit larangan dari Nabi Muhammad S.A.W untuk seseorang bahkan yang baru memeluk Islam untuk pergi berdakwah.. so conclusion nya dakwah tu satu tuntutan..

Ok.. saya tahu negara kita negara Islam but when I think it back how many of us is truly follow the true Islam? urmmm.. suspicious kan? 

Hari tu saya ada buka satu blog.. tak bape nk igt la blog apa.. tapi dlm tu dia tunjuk statistik berapa ramai owg yg lahirkan ank luar nikah, yg pergi kelab tgh mlm2, merempit, merompak and mcm2 lagi laa.. x sggup nk ckp laa yg lain tu.. dlm blog ni dia buat statistik kt Malaysia jer.. so korang toksah pikir la yg kt luar negara.. yg dlm ni pon da kira agk terok apatah lagi yg kt luar.. 

But what make me feel a little bit shock is most of the person is Islam.. I repeat most of them is ISLAM.. YA ALLAH.. kenapa yer dlm senarai statistik tu mesti orang Islam yg first? how shame.. kita ni nama jer Islam tapi betul ke mengamalkan segala yang diperintahkan oleh agama Islam? do we? almost 60 percent of us will say no.. and I believe they also will say like this.. "hey come on la enjoy yourself.. zaman da maju.. lek laa.. kita mesti follow kemajuan zaman skrg kalo kita xnk jdi kolot atau ketinggalan zaman".. 

Astaghfirullah.. apa nk jadi laa dgn zaman sekarang ni..



Saya nak tanya satu soalan.. mana satu ayat yang betul? zaman ikut Islam atau Islam ikut zaman? ni bukan soalan peperiksaan yang sape dpt jwb betul dia dpt highest mark.. so saya tinggal kan soalan ni dkt korang sume untuk pikir kan.. sekadar renungan sahaja.. assalamualaikum..

Monday 22 April 2013

10 kesilapan Yang Dilakukan Oleh Mereka Yang Berkulit Miyak



Semua orang nak kan kulit yang halus licin.. pendek kata, flawless. Selain faktor ketidak seimbangan hormon dan faktor genetik, ada dua perkara penting sebenarnya yang kita boleh buat

  • mengubah tabiat buruk yang menyebabkan jerawat dan kulit berminyak
  • menikmati kulit yang sihat dan cantik
  • Anda memberikan masa untuk kulit anda menerima perubahan
  • Memilih produk yang bersesuaian dengan kulit jerawat
  • Tidak menggunakan kekerasan kepada kulit, tetapi belailah kulit anda
  • Minum lebih banyak air masak dan makan sayur dan buah-buahan

Jerawat akan muncul bila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Kebanyakkan si oily skin lebih berpotensi tinggi mendapat jerawat, tapi dengan mengikis tabiat buruk sedia ada (mungkin anda atau orang lain), jerawat dan kulit berminyak boleh diatasi. Jom kita tengok apakah tabiat tabiat buruk yang selalu kita dibuat (sedar atau tak sedar) :


1. Membersihkan muka terlalu kerap
Ramai yang lakukan ni! Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. *Cuci muka (dengan cleanser) 2kali sudah mencukupi ; pagi dan sebelum tidur.


2-Menyental kulit dengan scrub
Berskrub dengan produk scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk keranaskin irritation. Sebetulnya ialah berscrub dilakukan 1-3kali seminggu, menggunakan scrub yang halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air suam.



3-Tidak membersihkan peluh
Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh2. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka dan mandi terus.


4-Picit jerawat
Ini sangat normal bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat picit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan tinggalkan parut. Elakkan picit jerawat  dengan kuku, gunakan lotion jerawat, untuk kecutkan jerawat . Baca Cara Picit Jerawat Yang Betul.


5-Shampoo rambut yang meleleh ke muka
Bershampoo  tidak salah. Tetapi apabila shampoo rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. Sebab shampoo mengandungi bahan pelembab/ minyak untuk melembutkan rambut. So,pastikan buih shampoo tidak terkena bahagian dahi dan muka.


6-Produk rambut hanya untuk rambut
Spray rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori2 tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. Elakkan gel, spray, conditioner etc2 terkena kawasan muka.



7-Makan makanan berminyak
Greasy food boleh sebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Jom amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak.


8-Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak
Produk yang mengandungi minyak akan sebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Bila nak beli mekap, make sure beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic utk mengelakkan jerawat.


9-Berhenti mengambil treatment untuk jerawat
Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu 1 tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang2nya berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk elakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doctor atau amalkan supplement untuk dapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.


10-Menggunakan Whitening Skin Care
Ramai yang  kulit putih, tapi set pencerahan kulit adalah sangat tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat. Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. So. kena guna set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Before cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.
Kulit berminyak dan berjerawat,  boleh dirawat. Anda boleh miliki kulit yang cerah bersih, bebas minyak dan bebas jerawat insyaAllah. Dengan syarat:
Bye bye jerawat!

Cara Mengesan Berus Diperbuat Daripada Khinzir



Bagi yang belum mengetahui,kebanyakkan berus murah yang diimport  dari China diperbuat dari bulu khinzir atau babi.Ianya dapat dikesan kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.
Di bawah ini kami kongsikan ciri-cri  berus yang diperbuat daripada bulu Khinzir:
1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.
Antara beberapa maklumat penting tentang penggunaan bulu khinzir ini adalah :
  1. Penggunaan bulu khinzir atau khinzir hutan (dipanggil “Bristle”) kerana bentuk mereka yang keras dan kasar.
  1. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya yang bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Dan perbezaan antara berus bulu kambing atau biri-biri yang banyak digunakan untuk kaligrafi adalah bahagian hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.
Segala apa yang telah dicipta Allah SWT adalah yang terbaik untuk kita semua..hal ini kerana Allah SWT menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain. Mungkin ada hikmah disebaliknya agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. wallahu a’lam
Semoga perkongsian ini akan menjadikan kita semua lebih berhati-hati dalam membeli sesuatu walalupun harganya murah..