Wednesday 6 March 2013

Cara nak hilangkan bintik hitam













Korang mesti pernah alami masalah bintik hitam kat muka ni kan? Terutama adik2 di luar sana yang sedang meningkat remaja.. Sah2 lah banyak bintik2 hitam yang start nak buat perhimpunan kat muka korang yang licin dan mulus 2 kan? So hari ini saya nak share petua yang saya jumpa tah mana tah kat korang sume.. hehehe..  Ok.. Ni lah petua dia..


Menghilangkan Bintik Hitam 


1 : Sapukan ubat gigi pada kawasan bintik hitam pada wajah anda sebelum masuk tidur. Warna bintik-bintik hitam akan beransur pudar dan menjernihkan wajah anda sekaligus.


2 : Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ada bintik-bintik hitam tu. Ramai cakap cara ni berkesan. 



 3 : Celupkan putik kapas ke dalam susu segar dan kemudian sapukan pada bahagian yang terdapat bintik hitam tu. Lakukan sebelum nak tidur. Warna bintik-bintik hitam tu akan beransur hilang dan wajah korang sume juga akan jadi jernih. Two in one la orang kata kan. Dapat hilangkan bintik hitam pastu dapat lak jernih kan muka korang. Bagos x?


4 : Sapukan madu setiap pagi di bahagian yang terdapat bintik-bintik hitam kat muka korang tu. Kemudian biarkan sampai lah madu 2 kering and then bilas muka dengan air sampai bersih.

InsyaALLAH berkesan.. cuma kena rajin2 la amalkan.. janganlah buat setakat dua tiga kali.. cam mana nak berkesan nanti kan? And more thing sape2 yang de masalah kulit 2 saya rasa toksah la try.. takut makin teruk lak.. baek korang jumpe doktor pakar kulit jer.. kot2 de cara lebih berkesan untuk hilangkan masalah korang 2? betul x? 

1 comment:

  1. Terima kasih atas info..geram je tgk benda putih kt hidung ni aishhh ��

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete