Saturday 9 March 2013

Warna Untuk Kesihatan

Korang mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk? Korang tahu tak warna mampu menghilangkan masalah korang tu.. 


1.HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA 
   WARNA: MERAH 


Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenal 



2.MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
   WARNA: BIRU
 

Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang



3.ELAKKAN INSOMNIA
   WARNA: MERAH JAMBU 


Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut.Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik...


4.CERIAKAN MOOD ANDA
   WARNA: JINGGA
 


Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan Berubah.


5.LENYAPKAN KELETIHAN
   WARNA: HIJAU
 


Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan

Tengok warna kat dinding pun dah dapat tolong korang hilangkan masalah korang tu.. apa lagi tunggu? pas ni apply la kat rumah.. mana tahu kot2 berkesan.. InsyaALLAH, dengan izin ALLAH..

No comments:

Post a Comment