Monday 11 March 2013

Nenek Hot ( Kelakar! )



“ Seorang gadis telah menjadi pelacur tetapi tidak mahu neneknya tahu..” Satu hari satu gerombolan pelacur telah ditangkap termasuklah gadis itu. Polis meminta mereka membuat satu garisan lurus. Semua beratur. Tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan bongkok-bongkok dan setelah melihat cucunya berbaris dia  bertanya, “Kenapa kamu berbaris di sini?”
Si cucu pula telah berbohong kepada neneknya dengan mengatakan ada dermawan akan membahagi-bahagikan buah oren dan sebab itulah dia berbaris. Nenek tua pun beredar pergi. Tetapi dia baru teringatkan cucu-cucunya yang lain mungkin mengharapkan dia membawa pulang buah-buahan. Lalu dia pun turut berbaris tanpa diketahui oleh cucunya. Dia berbaris di belakang sekali.
Seorang anggota polis mengambil kenyataan-kenyataan daripada pelacur2 itu. Apabila sampai giliran untuk orang terakhir member kenyataan, anggota poi situ terkejut kerana tercegat seorang nenek yang jalan pun bongkok-bongkok macam tiada kudrat. Dia tercengang lalu bertanya, “Kamu sudah tua, macam mana kamu lakukannya?”
Si nenek menyangka soalan itu ditanya macam mana cara dia boleh makan buah oren itu lalu dia pun menjawab, “Oh.. senang je.. Aku hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering..” 

No comments:

Post a Comment