Sunday, 28 April 2013

Tip Pemilihan Warna Dan Corak Pakaian




Setiap antara kita mempunyai susuk tubuh yang berbeza-beza.. Ada yang sedikit besar dan ada juga yang sedikit kecil.. Ada juga yang tidak berapa besar dan tidak berapa kecil.. Pemilihan warna dan corak pakaian yang sesuai dapat memberikan keyakinan yang lebih kepada si pemakainya.
Jom baca sikit, tips memilih warna dan corak pakaian mengikut bentuk tubuh.. Check it out..

1. Bertubuh besar
Individu yang mempunyai bentuk tubuh yang sedikit besar sering menghadapi dilema dalam pemilihan pakaian.. Individu jenis ini lebih sesuai untuk pakai pakaian yang sedikit gelap. Pilih corak yang menegak dan bunga yang agak kecil..

2. Bertubuh kurus
Ada yang kata orang kurus senang je nak pilih pakaian.. Tidak betul juga, kerana tak semua pakaian sesuai dipakai.. Dorang perlu memilih pakaian yang berwarna cerah dan mempunyai corak melintang.. Jika memilih kain untuk dijadikan baju kurung, pilihlah yang bercorak bunga besar, supaya nampak lebih berisi..

3. Tubuh Bentuk Epal
Jika korang mempunyai tubuh seperti ini pilihlah warna baju yang nampak neutral atau gelap.. Cuba elakkan dari memakai baju bercorak agak cerah atau menyerlah di bahagian atas badan..

4. Tubuh bentuk buah pear
Individu yang mempunyai tubuh berbentuk buah pear, biasanya akan kelihatan lebar dibahagian bawah (pinggang kebawah).. Untuk mengelakkan tumpuan yang lebih dan tidak seimbang, elok memakai baju yang berwarna cerah dan terang supaya nampak lebih seimbang dibahagian atas dan bawah..

5. Tubuh berbentuk jam pasir
Rasanya ramai yang menginginkan bentuk badan seperti ini.. Ianya kelihatan seimbang dari semua sudut bahagaian badan.. Semuan baju yang dipakai pun mesti nampak cantik.. Untuk kelihatan lebih cantik dan berkeyakinan, individu yang mempunyai bentuk badan seperti ini harus memilih corak baju dan warna yang sederhana sahaja..

No comments:

Post a Comment